Isnin, 5 Oktober 2009

Hari yang sedih

5 oktober, 2009

aku terlalu sedih hari ini. berjanji dengan orang lain tapi kawanku menunaikan janji dengan orang lain.
Minggu lepas berpuasa 6 dengan kawan ku yang paling akrab. Gumbiranya dia bila dia telah berjaya menghabiskan puasa 6nyer. Jangkaan ku pulak akan habis pada sabtu. dan akan beraya pada ahad. Lalu kami pun berjanji untuk beraya bersama2 hari ini, hanya berdua dan mengajak anak ali seorang lagi kerana sudah lama tidak makan2 bertiga seperti dulu. Tiada orang lain yang akan menemani kami kerana sudah lama benar kami tidak makan berdua atau bertiga.
Hari ini kawan akrab ku tidak menolak permintaan orang lain untuk makan bersamanya. Apa salahnya kalau dia kata sudah berjanji dengan aku. Sedih sungguh kerana aku rasa dia selalu bersama kawan nya yang lain tapi tidak selalu dengan aku. Kenapa hari ini dia rasa seperti tidak mahu kawannya itu tersinggung kalau dia beritahu yang dia mahu makan dengan aku?
Ye lah... siapalah aku... sikain buruk yang hanya layak untuk menyapu si air mata ini...
Rasa terbuang sungguh aku... sudah lah suami yang ada pernah mengkhianati aku, sekarang pula satu2nya kawan akrabku pula memungkiri janji.. airmata ini murahnya menunggu untuk berjuntaian... tapi aku menahan sehingga kini.
Patut kah aku berkecil hati?.. sedangkan ku tahu siapa aku...

Selasa, 29 September 2009

Sesudah raya 2009

Syawal ke 11 hari ini. Raya yang biasa... cuma kadang2 ada suka dan kadang2 ada duka. Asam garam kehidupan yang sememangnya mesti di teruskan.

Hari ke 11, aku sudah memulakan puasa syawal yang ke-3. Tahun ini lebih rajin bersemangat untuk mengerjakan puasa qada dan syawal seawal yang mungkin. Muda2han itu petanda ibadah ku sepanjang ramadan diterima Tuhan.

Setiap tahun datang dan pergi tetap silih berganti, bulan berganti bulan dan maka itu tahun pun akan bertukar tahun. Tanpa di sedar masa berlalu dengan pantas.

Selasa, 11 Ogos 2009

11 ogos 2009

11 ogos, 2009

Hari yang terlebih keliru...
Apakah impian akan jadi kenyataan atau harapan hanya tinggal kenangan?
menyoal soalan rumit ini dalam diriku seperti bertanya tanpa jawapan. Tak tahu aku hendak memberi jawapan apa kepada diriku sendiri..
Hidup semakin rumit dan sempit. Tiada lagi seolah ruang selesa dalam hati. Pasrah kah aku Ya Allah?..sudah bersediakah aku Ya Tuhan..andai takdir itu kau beri pada ku jua akhirnya...
Bagaimana aku hendak membesarkan anak2 ku seramai 4 orang itu....
Melihat wajah polos si kecil, ...sayunya hati ini...mama mu di uji di saat kebahagiaan memuncak.
Bosannya aku dengan kehidupan yang serupa setiap hari ini..

Rabu, 29 Julai 2009

30 julai 2009

hari ni 30 julai 2009

sudah masuk 3 hari aku memulakan hari bekerja mulai 28hb yg lepas.
hari ni terpaksa 1/2 day sbb ahmad dan mursyid demam... ahmad tetiba jer de demam malam tadi. mursyid pulak batuk selepas sehari di hantar ke neseri. ptg nanti kene bawak mursyid ke KPJ untuk cek kelenjar dia yang tak surut-surut sejak perasan mulai 6 jul yg lepas...

Rabu, 15 Julai 2009

16 julai 09

16 julai...tinggal beberapa hari saja lagi aku akan masuk kerja iaitu pada 28 julai 09..sudah 2 bulan meninggalkan ofis tak tau apa cerita terbaru di pejabat sekarang ni. kadang-kadang rasa seronok tinggal di rumah.. tp sekali sekala, rasa bosan datang menerpa..
kengkadang rasa tension dan tertekan, terlalu banyak yang aku fikirkan...
29 jun pukul 4 ptg, sundal menghantar mesej pada suamiku... "assalamualaikum w.b.t abg.. abg apa kabar?..camner kehidupan abg skrg?..akak dn anak2 camner?..
sakitnyer ati aku, ada ati lg dia nak menghntr msj pd suami ku yg pernah menggatal dgn dia dulu?..
aku tak tau apa yg deorg janji setlh tak berhubung selama sethn. kami bergaduh besar.. aku tak bole menerima sebarang alasan kenapa dan apa keperluannya dia bertanya kabar kepada suami ku.. yang aku tahu, dia cuma test market, mana tau, kalau untung sabut timbul boleh la memulakan semula perhubungan yang terputus selama setahun kot.. boleh la merasa lagi untuk di top up telefon, duit poket, hadiah, sara hidup sementara belum kerja bln nov nanti.
dah tak laku sangat agaknya betina tu. mungkin dah takde lelaki lain yang mahu membiayai hidupnya seperti suamiku membiayai hidupnya dulu.
suami aku saje yg bodoh hingga masuk dlm perangkapnyer...

Rabu, 8 Julai 2009

10 julai 2009

10 julai 09, adalah hari ke pantang yang ke 42. tinggal 2 hari lagi hari yang ke 44. sepatutnyer.. berpantang, penuh dengan param, pilis,...jamu dll..tp aku hny dpt buat beb hari yg awal. keadaan tdk mengizinkan aku utk terus bermanja2 dgan param, pilis, jamu & tungku....
melahirkan utk kelahiran yg ke 4 amat memeritkan, rasanya lebih rela mati dari menanggung kesakitan dan kepayahan yang bukan sedikit. melahirkan kali ini amat susah berbanding kelahiran yang sebelum ini, muda2han Allah memberikan ganjaran kepadaku dunia & akhirat.
AHMAD MURSYID QINAWI, memberikan aku sedikit penawar duka.. tapi dalam suka tiba2 ada pula duka yang menjelma..sundal yang sudah setahun tidak menghubungi suamiku tiba2 menghubungi suamiku memlalui sms pd 29 jun 4 ptg... setakat bertanya kabar tapi yg menyakitkan hati, dia bertanyakan kehidupan suami ku bagaimana sekarang?... dia seolah2 tidak percaya yg suamiku boleh hidup bahagia tanpa dia.. lalu bertanyakan tentang aku juga... konon mengambil berat ttg aku dan anak2ku. sedangkan sms ucapan selamat harijadi untukku thn lepas penuh dengan kutukan. konon menunjuk baik di dpn suamiku yg dia seorang yg prihatin..
aku masih belum mempercayai suamiku 120 % sejak kejadian ini,...mana mungkin aku percaya mereka tidak lagi saling menghubungi..entah2 mereka berjumpa di luar pengetahuan aku... ah..sakitnya kepalaku memikirkan hal2 seperti ini... suamiku yang dulu jujur dan setia berubah 120% setelah berjumpa dan bercinta dengan sundal ini. sudah pandai menipu, pandai mengauta... semata2 mengutamakan sisundal....
yang menjadi kepelekan aku, kenapa sisundal ini, masih lagi mengejar suamiku?...dah tak laku sgt ke dia hingga tidak ada org bujang yang dicarinya tapi masih mencari suamiku?

Isnin, 11 Mei 2009

12 mei, 2009. 8.15 am

12 mei, 2009

Ahad, 10 Mei 2009

11 mei, 2009, Isnin

11 mei, hari ini, jam 7.59 am

7 mei yang lepas, pergi chekup, baby dah seberat 3 kg, aku cuma bertambah 0.5 kg menjadikan aku seberat 57.5 kg berbanding 2 minggu sblm itu, 57 kg sajer. DOktor memberi nasihat pada minggu ke 37 nanti, sekiranya baby masih lagi bertambah berat, mungkin dia nak induse minggu tu pd 21 @ 22 mei nanti. sbb takut bila baby sehingga 3.5 kg, menjadikan aku agak sukar untuk meneran sedangkan kalau boleh aku nak mengelak dari casearian.

Selasa, 5 Mei 2009

6 mei, 2009

6 mei, 2009 rabu, 9.42 am

minggu ke 35 minggu ini. esok dah mula checkup 2 minggu sekali. Baby makin aktif sejak akhir2 ini. Pergerakan ini amat membahagiakan sebahagian jiwaku tapi...sebahagian lagi terlalu amat derita.
Aku masih seperti setahun yang dulu. dalam dilema, curiga dan keliru. aku sudah tidak percayakan suamiku itu, walaupun saat ini dia amat berbuat baik terhadap aku. mungkin juga dia berbuat baik hanya kerana aku sedang mengandungkan anaknya atau...apa2 saja sebab yang lain, atau dia berbuat baik kerana hendak berbuat sesuatu yang jahat terhadap aku. entahlah,, fikiran kotor selalu saja masuk ke dalam akal fikiranku. dan aku tidak pernah lagi bersangka baik padanya.
aku memandangnya dengan penuh kotoran yang tidak mahu tanggal2 lagi sejak tahun lepas. kotoran yang aku rasa akan dibawanya sampai bila2 cuma menunggu masa untuk menterjemahkan kotoran itu dalam bentuk pisau tajam yang akan menikamku bila2 masa.
Aku masih memohon Tuhan akan menyembuhkan luka dalamku ini, walaupun aku tidak nampak bagaimana dan tidak tahu bagaimana mahu menyembuhkannya. Aku rasa sungguh tersiksa dipenjara dalam jiwa yang penuh luka ini kerana aku tidak lagi tahu apa itu perasaan bahagia. Yang aku tahu hanyalah kepura-puraan yang panjang tiada penghujung tanpa nampak jalan terang yang luas terbentang. AKu hanya nampak jalan gelap, sempit dan berliku yang sedang aku lalui.
Oh Tuhan, parahnya luka ku ini, tiada penawar untuk menyembuh lukaku. Aku membawa diriku yang semakin lemah ini dalam keterpaksaan walaupun tiada jiwa lagi dalam diri yang semakin kerdil dan hina. Untungnya lelaki yang bernama suamiku. Dia tidak pernah kehilangan jiwa walaupun terpaksa mengorbankan kepentingan dirinya sendiri (katanya) demi rumahtangga... penipu.. lelaki yang lidah bercabang seperti itu, boleh bercakap hanya untuk melindungi kebohongan yang diciptanya selama ini. sedangkan aku sendiri dapat membaca, semua itu hanyalah kerana terpaksa, setelah aku memaksanya membuat pilihan. sedangkan dia tidak banyak pilihan untuk dibuat. dia terpaksa pula memenuhi tuntutan ku yang tidak mampu dilunaskannya. wang tunai, nafkah, tempat tinggal, kenderaan, wang gantirugi dan lain2 tuntutan yang aku tahu dia tidak mampu memberinya, tambahan pula campurtangan keluarga yang lebih memihak kepada aku yang memungkinkan dia tidak dapat mementingkan pilihannya yang pasti tidak mendapat restu keluarga.
Aku tidak jahat. Kalau aku jahat dalam melayannya atau keluarga, mungkin aku akan disingkirkan lebih awal, tapi..pengorbanan yang selama ini aku buat, tidak dihargainya menjadikan semua itu bonus untuk aku berada di pihak yang benar, semua keluarga menyalahkannya walaupun mertuaku seolah2 memihak kepada anaknya kerana anaknya telah menutup mulutnya dengan wang ringgit.
Rendahnya nilai hidupku, orang lain pula yang menentukan jalan mana yang harus aku tuju. sedangkan aku punya banyak pilihan untuk menentukan arah masa depanku. andai suatu hari dia mengulanginya, siapalah aku yang mampu menahannya dari terjadi, aku akan terpaksa mengundur diri, dengan syarat2 yang telah aku tetapkan.

1. sain surat kebenaran
2. wang tunai rm 500 ribu pada 2008, naik rm 100 ribu setiap tahun
3. Rumah banglo berharga rm 1 juta kelengkapan rumah yang komplete.
tiada bebanan hutang ditimpa kepada aku.
4. kereta bmw 5 sereis model terbaru
5. nafkah anak rm 1 ribu seorang setiap bulan
6. melepaskan aku

tuntutan yang pada aku amat wajar sebagai gantirugi selama aku hidup dengannya selamanya, yang mana kebahagiaan adalah tahuran janji sewaktu menikahiku dulu. gantirugi juga kerana aku telah berkorban kebahagiaan yang cuma sempat aku kecapi bersamanya selama 13 tahun lebih. tidak langsung sempat mencapai 15 tahun.

Isnin, 20 April 2009

21 apr 09- minggu ke - 33

Masuk minggu ke 33 minggu ini..kalau ikut perkiraan hanya tinggal 7 minggu lagi aku menghitung hari. Tapi biasanya awal... tidak pernah lewat malahan terlalu awal, 3 minggu lebih awal.
Bahagia?..a.Ya b. Tidak c. Tidak pasti... pastinya jawapan aku adalah c.
Aku tidak pasti sebenarnya, bahagia atau tidak aku sudah tidak ada kayu pengukur lagi.. aku telah hilang sebahagian daripada hatiku.. jiwaku, perasaan ku... harus bagaimana lagi aku boleh mengukur indeks kebahagiaan itu.
Aku selalu bertanya akan diriku, aku yang tidak tahu mengukur atau aku kah yang tidak tahu mensyukuri atau sengaja tidak nampak apa yang ada di depan mata.
Padaku apa yang aku nampak pada zahirnya ini, adalah tidak sama sekali dengan apa yang ada dalam hati dan perasaan. Semuanya hanyalah palsu dan sebahagian maninan hidup saja. Entahlah aku yang menafikan atau memang itu adalah kenyataan.

Khamis, 9 April 2009

10 APRIL 2009 7.59 AM..

Jumaat 10 apr 09, tahun yang ke 23 abah meninggal. Khamis 10 apr 1986...23 tahun yang dulu..
Pemergiannya tidak membuat ku sesedih mana, tidaklah sampai aku meratap merayu kerana kehilangan seorang bapa yang disayangi, kerana aku telah redha ketika itu. Abah sakit tenat kerana kanser paru2... mudah2an Allah memberkati roh nya..
Malam tadi sekian kalinya aku masih meragui 'dia' yang pernah melukakanku.
Entah lah, bila mimpi yang sama berulang, sisundal itu datang, terdetik di hatiku, adakah dia menghubungi semula lelakiku atau lelakiku itu menghubunginya semula. Aku tidak pasti apa kata hatiku. Saat ini aku benar2 keliru antara yang benar dan yang palsu.
Aku sudah tidak dapat membezakan antara keduanya, kerana aku sudah tiada deria rasa itu, kerana antara kami semakin jauh hatinya... seperti langit dan bumi, seperti gunung dan daratan, seperti lautan dan tepian....
Hati sering berkata2, walau hakikatnya tambah indah dipandangan mata, aku tidak mahu lagi leka dan tertipu kerana angkara cinta yang buta. Dulu,...ya dulu aku pernah punya satu cinta dan yang satu itu aku mahu bawa hingga mati... benarlah.. mati sudah cinta ku. mati sudah hatiku, mati sudah rasa ku, aku rasa terlalu benci, tapi hati tetap tidak mampu membohongi, masih ada sisa kenangan dan cinta. Tapi itu mungkin hanya tinggal kenangan dalam hati yang masih tebal ingatan.
Aku pernah membencinya, terlalu benci. Kebencian yang tidak pernah aku impikan apatah lagi menjangkakan. Aku tidak tahu perasaannya kepadaku, masih kah ada sisa cinta dan kasih?.. atau sekadar hanya kerana tidak mahu aku terluka atau kerana dia pernah berjanji setia?..

Rabu, 8 April 2009

MINGGU KE 32

Minggu ke 32 minggu ini...
Semakin hari adalah sangat meletihkan.. pertambahan berat badan yang tidak pernah berhenti setakat ini memungkinkan pergerakan tubuh yang semakin meletihkan.. membawa perut yang semakin membesar membuatkan aku seperti melekatkan sebiji bola yang besar di depan perut.
Pergerakan baby semakin ketara. Membentuk gelombang ombak yang kadang-kadang bergerak dengan pantas membuat aku leka melihatnya.. jauh di sudut hati...ya..jauh di sudut hati ini, aku tidak pernah menafikan kebahagiaan yang sedang dikecapi.
Tapi.. hati yang satu ini, yang satu ini lah yang paling keras. Malahan tidak mahu membuka mata hatinya untuk menikmati segala kebahagian yang sedang berlangsung. Butakah mata?, pekak kah telinga? atau sudah matikah perasaan?...nilai lah dengan hati yang terbuka... tapi aku masih lagi dilanda trauma dan ketakutan, keyakinan yang telah hilang masih belum mahu kembali walaupun aku sudah cuba mengajarkannya..

Rabu, 1 April 2009

Khamis 2 april 2009

Hari ini terasa bosan sangat dari semalam lagi. Hati tak tenang kerana buruk sangka yang ada dalam diri. AKu memang sudah tidak percaya lagi pada lelaki ku itu. Bagaimana agaknya nak menghilangkan buruk sangka ini?. Kadang aku rasa hidup ini sungguh terbelenggu oleh prasangka yang sentiasa mendatang ini.

Ahad, 29 Mac 2009

Hari Isnin yang membosankan...

Minggu ni minggu yang ke 30..26 hb yg lps check up di SALM, tgk ahmad mursyid qinawi. Berat naik dengan deras, dah jadi 1.5 kg berbanding 825 gm saja bln lepas. Patut la aku rasa macam semakin berat jer kaki nak melangkah. Jalan pun dah tak boleh laju2.. cepat rasa letih dan penat.
Hati?...hanya Tuhan yang tahu, persoalan masih menghantui diri, luka masih dalam, bara masih merah,

Hari Isnin yang membosankan...

Selasa, 24 Mac 2009

Bulan yang ke 7

Sudah 7 bulan usia kandungan ku... besar, berat..dan penat. Aku selalu saja cepat merasa letih. Tekanan darah turun mendadak beberapa hari yang lepas. Selera makan juga turun mendadak. Baru sehari dua ni ada selera sedikit. Itu pun tak tau nak makan apa. Anak dalam kandungan bergerak dengan aktif seluruh perut, kiri, kanan, atas, bawah...macam dunia ni dia yang punya.. ye lah..dunianya di situ tentunya dia merasa bahagia berada dalam perut walaupun sempit tapi tak perlu memikirkan masalah dalam dunia ini..
Jangkaan bersalin awal jun tapi aku menjangkakan lebih awal lagi kerana mengikut kelahiran yang sebelum ini semuanya awal.. aku memang berharap awal sebab rasa dah tak larat lagi.. letih, penat, sakit..lenguh dan macam2 lagi ketidakselesaan yang aku alami.. nak sujud lama pun rasa tak berapa selesa. Badan cepat letih dan mengantuk.. tak boleh nak angkat barang2 berat dan lain yang selalu boleh aku buat sendiri.
Tenang?..entahlah...aku tak fikir yang aku tenang 100%... masih ada keraguan yang menghantui kesan luka semalam yang masih dalam dan berdarah. Cuma aku masih memohon padaNYA, ubati luka ku ini walau ia sedalam mana... aku terlalu berharap. Kerana selagi luka ini belum sembuh aku tidak akan dapat menikmati kebahagiaan yang hakiki.
Minggu lepas berjalan dari Kelantan, Terengganu dan Pahang. Aku rasa seronok dapat berjalan2 macam tu, lepas dari tekanan kerja (walaupun kerja masih menimbun)..dapat shoping, makan2, jalan2...rasa tak puas berjalan seminggu. Yang penting kami sekeluarga dapat bercuti bersama. Aku rasa seronok, harap ahli keluarga aku yang lain juga seronok. Harap suami aku itu seronok bercuti bersama, dan dia dapat melupakan terus apa yang berlaku tahun lepas..

Selasa, 3 Mac 2009

4 mac 2009

Hari ini terlalu mengantuk aku rasakan.
Sudah beberapa hari rasa masih tidak cukup rehat. setelah terlalu ramai yang bertandang sabtu dan ahad lepas. Kalaulah waktu ini aku dapat tidur tanpa gangguan...alangkah nikmatnya.
Tak dapat di nafikan hati aku masih berdebar, suami ku rupanya masih tak dapat melupakan sisundal itu. Sakit hati tidak terkira lagi. Kalau aku punya c4 waktu ni, aku rasa macam nak letupkan je laki aku tu. Biar dia lenyap dari muka bumi ini. supaya aku tidak lagi susah2 fikiran memikir tentang hatinya. Dasar lelaki hidung belang. Pantang ada yang melayan, lekas saja naik perasan.
Sudah nya lupa tentang cinta agung kami (konon), lupa tentang janji yang termeteri sekian lama, lupa tentang cinta yang telah terbina sekian lama. Bodoh punya jantan. Hanya tahu mementingkan nafsu tanpa memikirkan dosa dan pahala. Yang hanya tahu menghalalkan cara dengan alasan matlamat menghalalkan cara. Menghalalkan yang terang dan nyata haram.
Alim konon, alim taik kucing adalah. Nak anak dan bini berhijab labuh tapi yang dicarik kenapa yang seksi?
Yang menggoda? Terlalu lemah iman yang diagungkan kononnya teguh dan kuat. Baru di uji sedikit kenapa terlalu lekas mengalah pada tuntutan nafsu. Selepas itu menggunakan agama untuk menghalalkan cara. Ah... lelaki terlalu tunduk pada tuntutan dunia, baru ada duit sikit dah rasa dunia ni mampu di beli.
Maaf setakat ini aku bukan orangnya untuk dibuat seperti barang mainan. Boleh, aku izinkan tapi bersyarat, kalau mahu aku memenuhi tuntutan nafsunya, penuhi dulu tuntutan nafsuku..
1..Penuhkan dulu akaun bank aku sebanyak rm 500 ribu cash thn 2008. dan seterusnya bertambah rm100 ribu lg sekiranya berkahwin pd thn yg lain.

Isnin, 2 Mac 2009

3 MAC 2009 (SELASA)

Hari ini dalam lipatan sejarah...
ada meting di wismatani putrajaya... pagi2 lagi aku dah bersiap sedia ke sana. Perjalanan dengan driver tiada masalah. Tapi apa yang memalukan... aku tersalah tarikh meting... meting yang sepatutnya 6 mac, aku tersalah tengok menjadi 3 mac.
Salah aku jugak sebab tak tengok betul2 bila bos kata semalam yang esok(hari ni) ada meting di putrajaya. Aku pun tak tengok tarikh sebab terlalu confident yang tarikh tu tiada kesilapan. Cuma baca isi2 penting dan terus tidak terlihatkan tarikh yang tercatat dalam surat tersebut...
Takpelah... semua orang ada kesilapan masing2... tiada orang yang benar2 sempurna di dunia ini, termasuk juga aku yang punya seribu satu kelemahan melebihi kelebihan yang aku miliki.
....

Ahad, 1 Mac 2009

SEMAKIN BERTAMBAH 'BULAN' INI...

Hari ini 2 mac 09...
semakin bertambah'bulan' ini semakin meletihkan... perut yang semakin membesar semakin tidak boleh disembunyikan di balik baju yang lebar sekali pun. Tak kisah apa pun..hati agak berdebar menunggu kelahiran yang semakin hampir, sedang jiwa masih resah, hati masih penuh dengan pelbagai persoalan yang tidak pernah ada kepastian.
Kebahagiaan pula tidak penah menyinggah lagi dalam hati... zahir dan hati tidak langsung seiring. Malahan seperti dua garisan selari, lurus dan tidak akan ada titik pertemuan di mana-mana jua persimpangan.
Kalau hati tidak bersih bisikannya bukan lagi kehendak Allah...
Hati jika sudah bersih firasatnya tepat kehendak Allah..tapi hati bila dikotori bisikannya lagi kebenaran..
pandangan mata selalu saja keliru dan tersalah, pandangan nafsu pula selalu meluru.

Isnin, 16 Februari 2009

Selasa 17 februari 2008...8.00 am..

Hari ini hari yang seperti semalam, penuh biasa,
cuma aku ingin bercerita tentang mimpi2 yang aku alami sejak akhir2 ini. Mimpi yang sering saja mengundang rasa resah dan bimbang dalam hati. Aku selalu bermimpi ada seekor harimau kumbang yang sangat hitam dan besar ingin menerkam kepada ku. Bila aku baca buku tafsir mimpi... ia menafsirkan ada seseorang yang ingin menganggu hidup ku.

Kemudian pula aku bermimpi musang kecil yang ingin juga menerkam kepadaku. Tafsirannya aku perlu berhati2 dengan orang yang penuh hasad dan dengki kepadaku. Aku tidak tahu siapa. Tapi sejak akhir2 ini memang ada orang yang aku rasa sengaja mahu memporak peranda kan rumah tanggaku yang telah menjangka 15 tahun usianya ini.

Aku tidak pasti kalau2 itu semua alasan 'teman serumah' ku itu sendiri yang mahu merosakkanya atau memang ada orang lain yang mahu melihat kehancuran rumah tangga ku ini.

Terus terang aku mengaku, sejak setahun yang lalu aku tidak pernah lagi merasai bahagia dalam hidupku dan rumah tangga yang aku bina atas dasar cinta yang palsu ini. Aku sedar cinta ini dulu adalah cinta yang terlalu mengikut nafsu berlandaskan bisikan syaitan. Tapi bila aku memasuki alam rumah tangga aku cuba menukarnya menjadi cinta berlandaskan iman.

Tuhan maha kaya, dia membalas semua dosa dan kesilapan yang aku pernah lakukan. Tapi suami tidak sedar akan itu, dia masih lagi dengan kealpaannnya ini adalah anugerah Tuhan kepadanya. Alangkah jahil suami ku itu, dia tidak pernah mahu mengerti bercinta sebelum kahwin itu adalah dosa kealpaan oleh bisikan syaitan. Ye, aku memang tidak pernah berzina tapi aku menghampiri zina, berdating, berpegang tangan, itu bukankah menghampiri zina?
Tapi suami yang jahil itu tidak pernah menginsafi itu adalah dosa. Padanya itu adalah jalan menuju syurga.

Dia mahu memberi syurga kepadaku konon dengan memberiku payung emas. Tapi sedarkah dia, payung emas itu memerlukan keikhlasan 100%? tanpa ada keraguan lagi?... dia tidak pernah mahu sedar itu lantaran keegoan yang menguasai kepala, akal dan fikiran singkatnya berlandaskan nafsu atas nama kasih sayang dan cinta konon.

Cintanya pernah hilang padaku. Dia sendiri mengakuinya. Jadi bagaimana mahu aku terus mempercayainya yang dia masih menyayangi dan mencintaiku. Aku memandangnya dengan tidak ada lagi perasaan seperti dulu. Tidak ada lagi kepercayaan sepenuhnya seperti dulu yang pernah aku beri padanya... bukan 100% malahan 120%. Itulah kesilapanku. Terlalu mudah mempercayai kata2 manis seorang lelaki yang punya lidah tidak bertulang dan bercabang.

Aku tidak pasti hatinya sekarang. Di mana kedudukanku di hatinya. Masihkah aku yang teratas atau aku hanya sekadar menjadi kain buruk pengelap kakinya?. Hina dan buruknya aku. Di waktu muda ku, akulah ratu, akulah puteri, akulah penawar, akulah segalanya di hatinya, tapi akhirnya dicampakkannya hatiku setelah ditawannya hati ini seumur hidupku.

Kain buruk ini akhirnya digunakan hanya untuk mengelap airmataku sendiri. Aku benar2 kecewa dan berputusasa, terlalu. Yang hanya mengerti hati ini hanyalah Tuhanku yang satu. Aku tidak mahu lagi punya hidup yang lama kerana aku sudah tidak ada lagi harapan dan cita2. Biarlah aku rela Tuhan mengambil nyawaku dengan segera kerana inilah cara aku akan dapat memberinya peluang untuk dia menguruskan nafsu cinta serakahnya itu.

Dulu dia lelaki, suami yang paling baik dan aku sanjungi tapi hari ini dia hanya seperti kelip2 yang bergelantayangan sewaktu malam, memberi cahaya yang tidak pernah memberi makna, tapi hilang cahaya itu bila siang menjelma. Dia tidak lagi memberi makna dalam hidupku. Walaupun aku terpaksa juga meneruskan hidup ini bersamanya demi anak2 ku yang makin bertambah ini...

Ahad, 15 Februari 2009

Hari isnin yang bosan

Isnin hari ini, rasa sunyi dan bosan mengatasi keceriaan permulaan minggu. Ada sedikit cahaya yang muncul entah dari mana menyinari sedikit kegelapan ruang yang tercipta. Namun mata ini masih buta tidak mampu menilai cahaya yang datang itu.

Sedikit bahagia yang dirasa ini belum tentu kekal selamanya sehingga esok. Aku harus menyediakan perahu kecewa sebelum bahagia terus berlalu dibawa ombak derita. Hati, harus menjadi keras supaya tiada lagi rasa yang keliru kerana aku tidak pernah meminta apa yang berlaku semalam, hari ini, esok atau selamanya.

Rabu, 11 Februari 2009

HARI BERGANTI HARI

Hari semakin beredar. Perut semakin membesar dan menegang. Segala keadaan tidak selesa. Berdiri tak kene, duduk tak selesa, baring tak selesa, mengiring salah, menelentang lagi tak kene... berpusing2 kiri dan kanan tetap tak selesa.
Urat kaki sebelah kanan membengkak dan melenguhkan. Setiap hari perlu di balut dengan stokin ketat agar bengkak berkurangan dan sekaligus mengurangkan lenguh. Agak siksa mengandung kali ini. Tapi cabaran apa sekali pun aku terpaksa melaluinya dengan tabah. Semua malaikai dan binatang di muka bumi ini mendoakan aku, 'ibu yang mengandung'.. Burung2, ikan semuanya akan mendoakan aku.
Tapi...aku kah yang tidak tahu bersyukur atau hati yang masih mencurigai?. Butakah hati?. Butakah mata?. Pekakkah telinga? Bukan aku tidak mensyukuri tapi sekadar mengikut kata hati yang akhirnya akan mati?
Atau inikah akhiran hidup ku ini?... sekiranya itu yang bakal terjadi dalam waktu terdekat ini, ampunkan aku dengan rahmatMu ya Tuhan. Terlalu banyak dosa yang aku lakukan dan aku terlalu takut terus-terusan melakukan dosa di muka bumiMu ini....

Khamis, 5 Februari 2009

Hape aniveseri

Hari ini 6 feb 09
Hari ulangtahun perkahwinan ku yang ke 15...
Banyak angka 15 itu... lama benar kalau dilihat secara mata kasar usia perkahwinan ini.
Kalau mengikut kata ahli psikologi usia perkahwinan 15 adalah memasuki frasa selesa, teguh dan bahagia.
Aku menafikan semua itu.
Apa yang aku rasa hari ini adalah rasa keliru. Aku sudah tidak tahu apa rasanya bahagia. Ia sudah lama mati dari hatiku. Dan aku tidak pasti inikah kebahagiaan seperti yang disebut-sebut orang.
Yang aku terlalu pasti, aku bukan benar2 bahagia. Bagiku bahagia adalah apa yang aku rasa di hati, bukan di mata.
Dulu aku pernah bahagia... terlalu bahagia. Tidak lagi di saat usia perkahwinan ini menjelang angka 14... semua yang aku sangka bahagia itu sudah musnah di tangan suami yang pernah aku cintai.
Setiap hari aku berdoa semoga Allah ambil kembali rasa cinta dan sayang yang ada pada ku ini supaya aku boleh berdiri semula. Supaya aku dapat menikmati semula keindahan kekosongan hati yang telah lebih separuh hidupku terisi dengan cintanya. Dan aku berdoa himpunkan segala cintaku ini dihatinya supaya dia merasa apa yang aku rasa tatkala ini.
Segala siksaan perasaan, bebanan, kekeliruan itu, aku terlalu berharap dia akan merasainya.
Terus terang aku berkata. Aku tidak bahagia lagi.
Tapi dia masih seperti dulu. walaupun aku sudah tidak mempercayainya lagi... 180% tidak percaya lagi padanya... kata2nya umpama angin yang berlalu, 10 dia berkata, 12 aku tidak percaya.
Pagi tadi dia memberitahuku malam ini ada suprise untukku. Aku meletakkan semua yang buruk padanya.. Suprise apa? membawa calon madu untuk ku? yang lama atau yang lain?
atau suprise untuk menceraikan aku?. atau juga suprise yang benar2 suprise untuk memberi lebih banyak derita untukku?
Aku benar2 bingung hari ini, semalam, mungkin esok, lusa dan seterusnya.

Khamis, 29 Januari 2009

JANUARY YANG HAMPIR PERGI...

January hampir ke penghujung.. aku masih di sini.. masih keliru. Hari ini, aku merasa penat, letih dan mengantuk. Semalam chek up di SALM, scan baby... dan aku nampak baby sedang menguap, mungkin dia pun letih seperti aku. Tambahan pulak waktu tu belum ambik lunch.
Hari ni, aku penat memikirkan apa yang telah berlaku. Walaupun sisa-sisa kecewa masih belum pergi2 juga dari hidupku.

Hari ini juga aku masih berfikir, berfikir dan terus-terusan berfikir...apakah yang akan berlaku esok?...

Ahad, 18 Januari 2009

Batuk..

Telah beberapa hari batuk telah menyerang...rasa anak tekak seperti terbakar kepanasan. Perit dan gatal. Rasa seperti nak berus dengan berus botol jer layaknyer. Tapi apa kan daya... itu cuma rasa sajer... bila la nak baik ni.. Agak siksa bila nak batuk dengan perut yang memboyot seperti ini.

Doktor dan ubat dah diambil kira..tapi belum ada rezeki untuk sembuh agaknyer... Inilah ujian.. sihat dan sakit datang silih berganti sama seperti hari kita yang sering bertukar setiap hari... hari ini suka esok sedih atau sebaliknya.

Batuk..

Rabu, 14 Januari 2009

Hari yang biasa-biasa

Nak puasa sunat hari ni, tapi... dah lapar sebab cuma bersahur dengan sekeping roti. Baby dlm perut pulak dah meronta-ronta kelaparan..

Ahad, 11 Januari 2009

Sekadar memoir

Bangkit dari tidur yang dihiasi mimpi buruk lantas menjadi igaungeri ngeri. arghh...kenangan itu...sampai bila2 pun tetap memenuhi ruang benak yang semakin sesak setiap hari. Luka dalam yang masih belum sembuh.