Isnin, 20 April 2009

21 apr 09- minggu ke - 33

Masuk minggu ke 33 minggu ini..kalau ikut perkiraan hanya tinggal 7 minggu lagi aku menghitung hari. Tapi biasanya awal... tidak pernah lewat malahan terlalu awal, 3 minggu lebih awal.
Bahagia?..a.Ya b. Tidak c. Tidak pasti... pastinya jawapan aku adalah c.
Aku tidak pasti sebenarnya, bahagia atau tidak aku sudah tidak ada kayu pengukur lagi.. aku telah hilang sebahagian daripada hatiku.. jiwaku, perasaan ku... harus bagaimana lagi aku boleh mengukur indeks kebahagiaan itu.
Aku selalu bertanya akan diriku, aku yang tidak tahu mengukur atau aku kah yang tidak tahu mensyukuri atau sengaja tidak nampak apa yang ada di depan mata.
Padaku apa yang aku nampak pada zahirnya ini, adalah tidak sama sekali dengan apa yang ada dalam hati dan perasaan. Semuanya hanyalah palsu dan sebahagian maninan hidup saja. Entahlah aku yang menafikan atau memang itu adalah kenyataan.

Khamis, 9 April 2009

10 APRIL 2009 7.59 AM..

Jumaat 10 apr 09, tahun yang ke 23 abah meninggal. Khamis 10 apr 1986...23 tahun yang dulu..
Pemergiannya tidak membuat ku sesedih mana, tidaklah sampai aku meratap merayu kerana kehilangan seorang bapa yang disayangi, kerana aku telah redha ketika itu. Abah sakit tenat kerana kanser paru2... mudah2an Allah memberkati roh nya..
Malam tadi sekian kalinya aku masih meragui 'dia' yang pernah melukakanku.
Entah lah, bila mimpi yang sama berulang, sisundal itu datang, terdetik di hatiku, adakah dia menghubungi semula lelakiku atau lelakiku itu menghubunginya semula. Aku tidak pasti apa kata hatiku. Saat ini aku benar2 keliru antara yang benar dan yang palsu.
Aku sudah tidak dapat membezakan antara keduanya, kerana aku sudah tiada deria rasa itu, kerana antara kami semakin jauh hatinya... seperti langit dan bumi, seperti gunung dan daratan, seperti lautan dan tepian....
Hati sering berkata2, walau hakikatnya tambah indah dipandangan mata, aku tidak mahu lagi leka dan tertipu kerana angkara cinta yang buta. Dulu,...ya dulu aku pernah punya satu cinta dan yang satu itu aku mahu bawa hingga mati... benarlah.. mati sudah cinta ku. mati sudah hatiku, mati sudah rasa ku, aku rasa terlalu benci, tapi hati tetap tidak mampu membohongi, masih ada sisa kenangan dan cinta. Tapi itu mungkin hanya tinggal kenangan dalam hati yang masih tebal ingatan.
Aku pernah membencinya, terlalu benci. Kebencian yang tidak pernah aku impikan apatah lagi menjangkakan. Aku tidak tahu perasaannya kepadaku, masih kah ada sisa cinta dan kasih?.. atau sekadar hanya kerana tidak mahu aku terluka atau kerana dia pernah berjanji setia?..

Rabu, 8 April 2009

MINGGU KE 32

Minggu ke 32 minggu ini...
Semakin hari adalah sangat meletihkan.. pertambahan berat badan yang tidak pernah berhenti setakat ini memungkinkan pergerakan tubuh yang semakin meletihkan.. membawa perut yang semakin membesar membuatkan aku seperti melekatkan sebiji bola yang besar di depan perut.
Pergerakan baby semakin ketara. Membentuk gelombang ombak yang kadang-kadang bergerak dengan pantas membuat aku leka melihatnya.. jauh di sudut hati...ya..jauh di sudut hati ini, aku tidak pernah menafikan kebahagiaan yang sedang dikecapi.
Tapi.. hati yang satu ini, yang satu ini lah yang paling keras. Malahan tidak mahu membuka mata hatinya untuk menikmati segala kebahagian yang sedang berlangsung. Butakah mata?, pekak kah telinga? atau sudah matikah perasaan?...nilai lah dengan hati yang terbuka... tapi aku masih lagi dilanda trauma dan ketakutan, keyakinan yang telah hilang masih belum mahu kembali walaupun aku sudah cuba mengajarkannya..

Rabu, 1 April 2009

Khamis 2 april 2009

Hari ini terasa bosan sangat dari semalam lagi. Hati tak tenang kerana buruk sangka yang ada dalam diri. AKu memang sudah tidak percaya lagi pada lelaki ku itu. Bagaimana agaknya nak menghilangkan buruk sangka ini?. Kadang aku rasa hidup ini sungguh terbelenggu oleh prasangka yang sentiasa mendatang ini.