Khamis, 9 April 2009

10 APRIL 2009 7.59 AM..

Jumaat 10 apr 09, tahun yang ke 23 abah meninggal. Khamis 10 apr 1986...23 tahun yang dulu..
Pemergiannya tidak membuat ku sesedih mana, tidaklah sampai aku meratap merayu kerana kehilangan seorang bapa yang disayangi, kerana aku telah redha ketika itu. Abah sakit tenat kerana kanser paru2... mudah2an Allah memberkati roh nya..
Malam tadi sekian kalinya aku masih meragui 'dia' yang pernah melukakanku.
Entah lah, bila mimpi yang sama berulang, sisundal itu datang, terdetik di hatiku, adakah dia menghubungi semula lelakiku atau lelakiku itu menghubunginya semula. Aku tidak pasti apa kata hatiku. Saat ini aku benar2 keliru antara yang benar dan yang palsu.
Aku sudah tidak dapat membezakan antara keduanya, kerana aku sudah tiada deria rasa itu, kerana antara kami semakin jauh hatinya... seperti langit dan bumi, seperti gunung dan daratan, seperti lautan dan tepian....
Hati sering berkata2, walau hakikatnya tambah indah dipandangan mata, aku tidak mahu lagi leka dan tertipu kerana angkara cinta yang buta. Dulu,...ya dulu aku pernah punya satu cinta dan yang satu itu aku mahu bawa hingga mati... benarlah.. mati sudah cinta ku. mati sudah hatiku, mati sudah rasa ku, aku rasa terlalu benci, tapi hati tetap tidak mampu membohongi, masih ada sisa kenangan dan cinta. Tapi itu mungkin hanya tinggal kenangan dalam hati yang masih tebal ingatan.
Aku pernah membencinya, terlalu benci. Kebencian yang tidak pernah aku impikan apatah lagi menjangkakan. Aku tidak tahu perasaannya kepadaku, masih kah ada sisa cinta dan kasih?.. atau sekadar hanya kerana tidak mahu aku terluka atau kerana dia pernah berjanji setia?..

Tiada ulasan: