Khamis, 5 Februari 2009

Hape aniveseri

Hari ini 6 feb 09
Hari ulangtahun perkahwinan ku yang ke 15...
Banyak angka 15 itu... lama benar kalau dilihat secara mata kasar usia perkahwinan ini.
Kalau mengikut kata ahli psikologi usia perkahwinan 15 adalah memasuki frasa selesa, teguh dan bahagia.
Aku menafikan semua itu.
Apa yang aku rasa hari ini adalah rasa keliru. Aku sudah tidak tahu apa rasanya bahagia. Ia sudah lama mati dari hatiku. Dan aku tidak pasti inikah kebahagiaan seperti yang disebut-sebut orang.
Yang aku terlalu pasti, aku bukan benar2 bahagia. Bagiku bahagia adalah apa yang aku rasa di hati, bukan di mata.
Dulu aku pernah bahagia... terlalu bahagia. Tidak lagi di saat usia perkahwinan ini menjelang angka 14... semua yang aku sangka bahagia itu sudah musnah di tangan suami yang pernah aku cintai.
Setiap hari aku berdoa semoga Allah ambil kembali rasa cinta dan sayang yang ada pada ku ini supaya aku boleh berdiri semula. Supaya aku dapat menikmati semula keindahan kekosongan hati yang telah lebih separuh hidupku terisi dengan cintanya. Dan aku berdoa himpunkan segala cintaku ini dihatinya supaya dia merasa apa yang aku rasa tatkala ini.
Segala siksaan perasaan, bebanan, kekeliruan itu, aku terlalu berharap dia akan merasainya.
Terus terang aku berkata. Aku tidak bahagia lagi.
Tapi dia masih seperti dulu. walaupun aku sudah tidak mempercayainya lagi... 180% tidak percaya lagi padanya... kata2nya umpama angin yang berlalu, 10 dia berkata, 12 aku tidak percaya.
Pagi tadi dia memberitahuku malam ini ada suprise untukku. Aku meletakkan semua yang buruk padanya.. Suprise apa? membawa calon madu untuk ku? yang lama atau yang lain?
atau suprise untuk menceraikan aku?. atau juga suprise yang benar2 suprise untuk memberi lebih banyak derita untukku?
Aku benar2 bingung hari ini, semalam, mungkin esok, lusa dan seterusnya.

Tiada ulasan: