Selasa, 30 Disember 2008

Selamat Tahun Baru Maal Hijrah

selamat tahun baru buat diriku..
setahun berlalu....masih segar dalam kotak hitam ingatan. Segalanya tidak pernah pergi seperti angin yang saja2 berlalu..
Tahun baru telah menjelang..azamku..Tuhan, kurniakan aku kekuatan yang telah hilang sepanjang tahun ini. Kurniakan aku keyakinan yang telah gugur dari dahan pohon ku berpaut. Tuhan, kurniakan aku ketenangan, kurniakan aku keamanan, kurniakan aku kebahagiaan.
Telah terlalu derita hatiku yang kutanggung sendiri selama ini, aku terlalu berharap tahun yang baru ini memberi sinar yang sangat terang menerangi semula kegelapan yang menjadikan aku sembunyi dari kebenaran.
Tuhan...
sesungguhnya ujianMu terlalu berat untuk kutanggung. UjianMu benar2 menguji keimanan dan kesabaranku. Aku tahu aku tewas, aku tidak cukup iman untuk menghadapi ujianMU ya Tuhan.
Hambamu yang terlalu hina ini, tidak sanggung menanggung ujianmu yang padaku sudah terlalu berat untuk ku pikul setiap hari. Aku bermohon kepada Ya Allah, kurniakan aku belasmu, rahmatmu, kasihsayangmu, untuk membawa ku keluar jauh dari bebanan yang kutanggung ini...
Airmata tidak pernah kering untuk mengalir....

Selasa, 23 Disember 2008

Bila hati sudah retak

Tatkala aku merenung kearah mentari.. Ada apakah sebenarnya disana..? Kata orang mentari itu sumber kehidupan.. Atau mungkinkah sebenarnya cuma dongengan semata.. Sekadar untuk menyedapkan hati.. kerana mentari itu sebenarnya bisa membakar.. ia meleburkan jiwaku.. Aku lihat ke langit malam.. Aku congak bintang2 di angkasa.. berapa butir semuanya... ? Adakah sebanyak itu fasa hidup yang bakal ku lalui.. Yang manakah bakal menjadi destinasi akhir buatku..? Disaat aku bermenung jauh.. jauh sekali.. setelah timbunan masalah berbentuk dugaan KAU hamparkan..
Di kala hati dihimpit kebencian, tiada yang lebih menyakitkan, luka yang teramat dalam...
Bagaimana harus aku mengubat kecewa?...seumur hidupku, tidak pernah aku menduga kehebatan dugaan yang mencabar keimanan dan kesabaranku... sehingga akhirnya aku tahu di mana kedudukan kesabaran dan keimanan ku ini... di tangga yang terbawah sekali.
Iman ku amat rapuh, sedang kesabaran tiada langsung dalam kamus hidup. Sementara selama ini aku fikir aku punya keduanya. Rupanya hanya kosmetik palsu dalam hidupku.
Benar aku kalah, aku yang terburuk, seperti kain buruk yang lebih buruk. Aku terbuang, tiada harga seperti seputung kayu reput yang hanyut di bawa arus berlumpur dan hanyir.
Kalau dulu aku disanjung dan dihargai, tapi pengorbanan ku seperti air yang mengalir di sehelai daun tanpa meninggalkan sebarang kesan.
Segalanya tiada lagi dihargai dan dikenang. Yang dipandang hanya keburukan yang ditelanjangi tanpa melihat sedikit pun kebaikan yang aku lakukan selama ini.
Lelaki...
hanya tahu berseronok dengan jiwa yang terbuai oleh perasaan yang ditipu oleh syaitan yang direjam. Lantas tidak tahu lagi membezakan mana yang halal dan mana yang haram setelah nafsu merajai hati.

Selasa, 16 Disember 2008

Tahun Baru

Tinggal beberapa hari lagi tahun yang baru akan menjelma. Apa kejutan di tahun baru ini. Adakah seperti kejutan di tahun baru yang lepas? atau ada kejutan lain yang lebih mengejutkan?. Hidupku penuh kesunyian. Aku cuba mencari ketenangan dengan mendekatkan diri dengan Allah tapi... hatiku masih juga resah. Aku tahu tiada khusyuk dalam ibadahku. Allah belum mahu mengurniakan ketenangan buat jiwaku yang gelisah. Aku takut aku semakin jauh dari Allah. Hanya yang wajib menjadi amalanku sementara yang sunat begitu malas dan berat untuk ku melakukannya sementelah dalam diri berkeadaan begini.
Sepatutnya aku lebih kuat dan bersemangat melawan hawa nafsu untuk mendekatkan diri pada yang Esa. Aku mahu berazam tapi aku begitu takut tidak mampu melaksanakan azamku di tahun baru ini. Aku mahu meningkatkan amalan2 sunat dan menambah pula puasa2 sunat agar zuriat yang ku kandung ini akan menjadi khalifah yang benar2 soleh di bumi Allah yang semakin hilang kemanusiaannya.
Aku selalu memandang diriku yang tidak punya apa2. Hanya sekeping hati yang pernah hancur, cinta yang dikhianati, jiwa yang ditanam dengan kebencian. Aku menjadi sangsi dengan setiap orang, hilang keyakinan diri, merasa terlalu rendah diri. Kerana aku hanya 'melukut di tepi gantang'. kerana aku hanya sehelai kain buruk yang telah dibuang orang....

Isnin, 15 Disember 2008

Bulan

Melihat bulan kesiangan hatiku amat sakit kerana hati ini pernah di sakiti. Bulan lambang kedukaan dan kesengsaraan hati.

Ahad, 14 Disember 2008

Bulan

Isnin, 8 Disember 2008

Misterinya hidup ini..

Setiap hari adalah berbeza.

Hari ini aku bangun dengan perasaan yang berbeza dari semalam. Hari ini langit cerah, mentari menyinar dengan terang. Sedangkan semalam hari mendung dan diselang seli dengan hujan, petir dan awan yang kelabu.

Hari ini mengapa tidak sama seperti semalam. Esok entah bagaimana. Tiada kepastian dalam ketentuan. Hanya Allah yang mengetahui segala rahsia hamba dan makhluk sekeliannya. Tiada

Selasa, 2 Disember 2008

Hari yang bosan

Hari ini sama macam hari semalam sejak 11 bulan berlalu, penuh bosan dan membosankan. Setiap hari adalah prasangka dan curiga. Hari adalah semakin tiada keyakinan dan penuh kepuraan. Hidup ini rupanya penuh dugaan yang tidak pernah terlintas di fikiran. Selama ini aku fikir hari ini adalah apa yang aku fikir semalam. Tidak pernah aku memikirkan yang buruk, seburuk igauan ngeri dalam mimpi-mimpi asing yang sering hadir.

Memandangnya adalah dengan perasaan yang bercampur. Marah, benci, sakit hati, terluka, kecewa hingga tiada satu pun kenangan indah yang tertinggal. Yang bersisa hanyalah kebencian yang penuh dengan dendam yang tiada berpenghujung..