Selasa, 24 Mac 2009

Bulan yang ke 7

Sudah 7 bulan usia kandungan ku... besar, berat..dan penat. Aku selalu saja cepat merasa letih. Tekanan darah turun mendadak beberapa hari yang lepas. Selera makan juga turun mendadak. Baru sehari dua ni ada selera sedikit. Itu pun tak tau nak makan apa. Anak dalam kandungan bergerak dengan aktif seluruh perut, kiri, kanan, atas, bawah...macam dunia ni dia yang punya.. ye lah..dunianya di situ tentunya dia merasa bahagia berada dalam perut walaupun sempit tapi tak perlu memikirkan masalah dalam dunia ini..
Jangkaan bersalin awal jun tapi aku menjangkakan lebih awal lagi kerana mengikut kelahiran yang sebelum ini semuanya awal.. aku memang berharap awal sebab rasa dah tak larat lagi.. letih, penat, sakit..lenguh dan macam2 lagi ketidakselesaan yang aku alami.. nak sujud lama pun rasa tak berapa selesa. Badan cepat letih dan mengantuk.. tak boleh nak angkat barang2 berat dan lain yang selalu boleh aku buat sendiri.
Tenang?..entahlah...aku tak fikir yang aku tenang 100%... masih ada keraguan yang menghantui kesan luka semalam yang masih dalam dan berdarah. Cuma aku masih memohon padaNYA, ubati luka ku ini walau ia sedalam mana... aku terlalu berharap. Kerana selagi luka ini belum sembuh aku tidak akan dapat menikmati kebahagiaan yang hakiki.
Minggu lepas berjalan dari Kelantan, Terengganu dan Pahang. Aku rasa seronok dapat berjalan2 macam tu, lepas dari tekanan kerja (walaupun kerja masih menimbun)..dapat shoping, makan2, jalan2...rasa tak puas berjalan seminggu. Yang penting kami sekeluarga dapat bercuti bersama. Aku rasa seronok, harap ahli keluarga aku yang lain juga seronok. Harap suami aku itu seronok bercuti bersama, dan dia dapat melupakan terus apa yang berlaku tahun lepas..

Tiada ulasan: