Isnin, 16 Februari 2009

Selasa 17 februari 2008...8.00 am..

Hari ini hari yang seperti semalam, penuh biasa,
cuma aku ingin bercerita tentang mimpi2 yang aku alami sejak akhir2 ini. Mimpi yang sering saja mengundang rasa resah dan bimbang dalam hati. Aku selalu bermimpi ada seekor harimau kumbang yang sangat hitam dan besar ingin menerkam kepada ku. Bila aku baca buku tafsir mimpi... ia menafsirkan ada seseorang yang ingin menganggu hidup ku.

Kemudian pula aku bermimpi musang kecil yang ingin juga menerkam kepadaku. Tafsirannya aku perlu berhati2 dengan orang yang penuh hasad dan dengki kepadaku. Aku tidak tahu siapa. Tapi sejak akhir2 ini memang ada orang yang aku rasa sengaja mahu memporak peranda kan rumah tanggaku yang telah menjangka 15 tahun usianya ini.

Aku tidak pasti kalau2 itu semua alasan 'teman serumah' ku itu sendiri yang mahu merosakkanya atau memang ada orang lain yang mahu melihat kehancuran rumah tangga ku ini.

Terus terang aku mengaku, sejak setahun yang lalu aku tidak pernah lagi merasai bahagia dalam hidupku dan rumah tangga yang aku bina atas dasar cinta yang palsu ini. Aku sedar cinta ini dulu adalah cinta yang terlalu mengikut nafsu berlandaskan bisikan syaitan. Tapi bila aku memasuki alam rumah tangga aku cuba menukarnya menjadi cinta berlandaskan iman.

Tuhan maha kaya, dia membalas semua dosa dan kesilapan yang aku pernah lakukan. Tapi suami tidak sedar akan itu, dia masih lagi dengan kealpaannnya ini adalah anugerah Tuhan kepadanya. Alangkah jahil suami ku itu, dia tidak pernah mahu mengerti bercinta sebelum kahwin itu adalah dosa kealpaan oleh bisikan syaitan. Ye, aku memang tidak pernah berzina tapi aku menghampiri zina, berdating, berpegang tangan, itu bukankah menghampiri zina?
Tapi suami yang jahil itu tidak pernah menginsafi itu adalah dosa. Padanya itu adalah jalan menuju syurga.

Dia mahu memberi syurga kepadaku konon dengan memberiku payung emas. Tapi sedarkah dia, payung emas itu memerlukan keikhlasan 100%? tanpa ada keraguan lagi?... dia tidak pernah mahu sedar itu lantaran keegoan yang menguasai kepala, akal dan fikiran singkatnya berlandaskan nafsu atas nama kasih sayang dan cinta konon.

Cintanya pernah hilang padaku. Dia sendiri mengakuinya. Jadi bagaimana mahu aku terus mempercayainya yang dia masih menyayangi dan mencintaiku. Aku memandangnya dengan tidak ada lagi perasaan seperti dulu. Tidak ada lagi kepercayaan sepenuhnya seperti dulu yang pernah aku beri padanya... bukan 100% malahan 120%. Itulah kesilapanku. Terlalu mudah mempercayai kata2 manis seorang lelaki yang punya lidah tidak bertulang dan bercabang.

Aku tidak pasti hatinya sekarang. Di mana kedudukanku di hatinya. Masihkah aku yang teratas atau aku hanya sekadar menjadi kain buruk pengelap kakinya?. Hina dan buruknya aku. Di waktu muda ku, akulah ratu, akulah puteri, akulah penawar, akulah segalanya di hatinya, tapi akhirnya dicampakkannya hatiku setelah ditawannya hati ini seumur hidupku.

Kain buruk ini akhirnya digunakan hanya untuk mengelap airmataku sendiri. Aku benar2 kecewa dan berputusasa, terlalu. Yang hanya mengerti hati ini hanyalah Tuhanku yang satu. Aku tidak mahu lagi punya hidup yang lama kerana aku sudah tidak ada lagi harapan dan cita2. Biarlah aku rela Tuhan mengambil nyawaku dengan segera kerana inilah cara aku akan dapat memberinya peluang untuk dia menguruskan nafsu cinta serakahnya itu.

Dulu dia lelaki, suami yang paling baik dan aku sanjungi tapi hari ini dia hanya seperti kelip2 yang bergelantayangan sewaktu malam, memberi cahaya yang tidak pernah memberi makna, tapi hilang cahaya itu bila siang menjelma. Dia tidak lagi memberi makna dalam hidupku. Walaupun aku terpaksa juga meneruskan hidup ini bersamanya demi anak2 ku yang makin bertambah ini...

Tiada ulasan: