Selasa, 16 Disember 2008

Tahun Baru

Tinggal beberapa hari lagi tahun yang baru akan menjelma. Apa kejutan di tahun baru ini. Adakah seperti kejutan di tahun baru yang lepas? atau ada kejutan lain yang lebih mengejutkan?. Hidupku penuh kesunyian. Aku cuba mencari ketenangan dengan mendekatkan diri dengan Allah tapi... hatiku masih juga resah. Aku tahu tiada khusyuk dalam ibadahku. Allah belum mahu mengurniakan ketenangan buat jiwaku yang gelisah. Aku takut aku semakin jauh dari Allah. Hanya yang wajib menjadi amalanku sementara yang sunat begitu malas dan berat untuk ku melakukannya sementelah dalam diri berkeadaan begini.
Sepatutnya aku lebih kuat dan bersemangat melawan hawa nafsu untuk mendekatkan diri pada yang Esa. Aku mahu berazam tapi aku begitu takut tidak mampu melaksanakan azamku di tahun baru ini. Aku mahu meningkatkan amalan2 sunat dan menambah pula puasa2 sunat agar zuriat yang ku kandung ini akan menjadi khalifah yang benar2 soleh di bumi Allah yang semakin hilang kemanusiaannya.
Aku selalu memandang diriku yang tidak punya apa2. Hanya sekeping hati yang pernah hancur, cinta yang dikhianati, jiwa yang ditanam dengan kebencian. Aku menjadi sangsi dengan setiap orang, hilang keyakinan diri, merasa terlalu rendah diri. Kerana aku hanya 'melukut di tepi gantang'. kerana aku hanya sehelai kain buruk yang telah dibuang orang....

Tiada ulasan: